Ahad, 24 Julai 2011

apa pun tak boleh...apa pun tak boleh...

Haish...susahnya la saya nak up date blog ni....
bila bujang kecik tu asyik nak gaduhkan mama je...bila mama start on kan komputer....

"Asyik-asyik mama....asyik-asyik mama je yg guna komputer...adik takde pun.." 
"mama ni tak sayang adik......" (Uiih kalau nak ikutkan mcm2 torture @ serangan psikologi yg bujang kecik tu bagi....nak suruh mama dia ni mengalah...tp ku buat dekkk je....(hi hi hi kekadang cam zalim lak je rasanya).

Padahal yang benornya, mama ko ni hari ahad je baru leh ngadap komputer...itupun tergesa-gesa ha...ade je la...yg dimintanya.....itula kerenah anak2 kan...tu blum kerenah bapak anak lagi, tp itulah yg menceriakan hidup saya...walaupun kadang-kadang rasa stress ...tp itulah rencah kehidupan...

Nipun tengah poning...apa nak masak tghari ni...dah tinjau2 resepi kat intenet ni..tp tak do gak dapat idea..
Nampaknya sampai kat sini dulu la...anak dah memanggil...bapak anak pun dah memanggil....apa pun tak boleh, apa pun tak boleh...
tu ha dah terjengah2 je bujang tecik tu...suruh mama dia stop berblog...yo la nak...mama datang la ni...mama stop la ni...


Sabtu, 2 Julai 2011

"Tinggallah Pujaan"..

Kali ini saya nak berkongsi tentang satu novel yang saya baru habis baca minggu lepas..."Tinggallah Pujaan.."


Novel ini ditulis oleh Mimie Afinie, mengandungi 558 ms...berkisar tentang kisah & konflik di antara Nur Ain, Norman dan Haikal....ketiga-tiga mereka ni kwn semasa kecil..hingga besar..cuma Norman tu masa kecik tua beberapa tahun dari Ain dan Haikal. Citer ni bermula dari zaman kecil Ain yg nakal, tak dengar ckp ibu dia, tp dia disayangi oleh Norman yg anggap Ain mcm adik dia sendiri..Haikal pun syg juga dgn Ain ni..kiranya Ain dan Haikal best friend...

Dipendekkan cerita, Norman terpaksa tinggal kan Ain dan Haikal masa diaorg kecik sb Norman terpaksa ikut ibunya yang berpindah..so tinggallah Ain dan Haikal membesar bersama-sama (best freind) sampaila diaorg dewasa. Antara Ain dan Haikal ada rasa syg dan cinta tp masing2 taknak luahkan...dek kerana takut bertepuk sebelah tangan (padahal masing2 suka)...hinggalah satu masa Haikal luahkan perasaannya pada Ain dan akhirnya mereka merancang utk berkahwin. Tp malangnya kasih mereka tak sampai dek kerana Haikal telah diguna2 kan oleh pompuan bernama Melissa yg minat giler dgnnya hingga Haikal sanggup memutuskan kasih dgn Ain...Ain pun frust giler...Dgn tak semena2 muncul semula Norman dlm hidup Ain (setelah bertahun2 menyepikan diri, pergi tanpa khabar), kebetulan Norman kwn kepada Paksu Ain..mcm biasa, bila Norman dah jumpa semula Ain dan tgk Ain dah jadi gadis yg cantik dia pun terpikat dgn Ain dan merasakan yg kasihnya pd Ain bkn lg semata2 kasih abg pd adik...

Dipendekkan cerita lg, Norman melamar Ain, Ain pulak confuse nak terima ke tak sb jauh disudut hatinya masih cintakan Haikal...Akhirnya Ain terima juga Norman...so mereka pun berkahwin. Ooo lupa pulak, Ain tak pernah citer ngan Norman yg antara dia dan Haikal pernah ada hbgn cinta...Norman pun tak pernah syak apa2 sb dia pun sayang gak ngan Haikal yg ibarat adik dia sendiri. So bila Ain dah nak jadi isteri Norman, Haikal pulak dah sedar (mak ayah dia yg bwk Haikal berubat ngan sorang ustaz) tp nak buat camne, nasi dah jadi bubur Ain dah nak kawin ngan Norman, so Haikal terpaksa redha walapun sebenarnya dia sangat cintakan Ain...Haikal dtg gak kat majlis kawin Ain & Norman tp kejap je...maklumlah kekasih hati dah kawin ngan org lain tentu tak sanggup tgk lama2 kan...

Dipendekkan citer lg (berapa banyak pendek da...) bila dah kawin ngan Norman, lama2 Ain jatuh cinta dan syg ngan Norman, Norman layan Ain dgn baik (maklumla Norman lelaki yg baik dan romantik)..diaorg dpt baby...tp baby tu pulak mak Ain ambil & taknak pulang pada Ain coz mak Ain dah syg sangat ngan cucu dier tu...Ain pun mcm nak meroyan la....Norman lak akhirnya dpt tau yg kisah Ain & Haikal sblm nih, Norman pun rasa bersalah....sb dia Ain & haikal terpisah, dek kerana marah pd Ain, Norman biarkan Ain keluar dari rumah mereka...Ain merajuk bawak diri...Aduihh panjang lagi citer nya ni...tp dipendekkan lagi..Norman dan Ain akhirnya bersama juga...tp yg sedihnya Haikal mati....sakit misteri (rasanya si Melissa tu yang buat)...so demi ingatan pd Haikal, Ain & Norman abadikan nama Haikal pada anak kedua mereka.....

Gitula lebih kurang...kwn2 yg minat ngan novel leh la baca, sebenarnya banyak lg kejadian2 yang sedih...meleleh gak la airmata saya...apa yg pasti bila kita baca novel...lelaki2 yg diwatakkan dalam citer tu semuanya baik2 dan memahami belaka jiwa kita org pompuan....(w/pun hakikatnya saya rasa tak ramai lelaki yg begitu..kalau ada kira BONUS la)..mungkin sb novel tu ditulis oleh wanita, dan sbg wanita kita selalu berharap pasangan kita sentiasa bersifat gentleman dan baik budi...apa-pun itu pendapat saya jer..yelah kan bukan senang kita nak buat novel...apapun saya ucap syabas pada penulis2 novel wanita kita..

Lepas ni..nak tinjau2 novel lain lak yg best2 pulak....."

"Hmm...wanginya perfume ini..."

"bestnya bau minyak wangi ni...." Al-maklumla...dpt free...mestilah best kan... (mekasih kakngah...laen kali leh bagi banyak2 lagi).

Tapi memang bau perfume ni wangi sangat...saya rasa dah jatuh cinta dengannya... Siap berebut lagi dgn anak bujang kecik saya tu..dia pun nak jugak...dah tu siap kepit celah ketiak dia yg bau2 kecut & masyam tu..dek kerana tak bagi mama dia ambik...

Sblm ni dah banyak perfume yg saya cuba tp tak semanis dan sewangi yang ini. Ni yg saya nak kongsi ni...







Ta da...."Haruman Inspirasi Munif Hijaz" dlm satu kotak chomel ni mengandungi tiga botol perfume yg tecik dan chomel. Ada 3 wangian A) Body Shop-Apple Blossom  B) Lancome-Miracle  C) Elizabeth Arden - 5th Avenue. Tiada alkohol, leh bwk semayang. Tiga2 jenis wangian tu memang wangi dan tahan lama...so pd kawan2 yg nak cuba bolehlah cuba jenama ini ye.... Lagi2 tinggal 2 bulan lagi nak raya kan...sesuaii la sangat dipakai pada pagi hari raya...."

Khamis, 23 Jun 2011

SALAM PERKENALAN...

26.06.2011 [Khamis]

Percubaan pertama saya untuk berblog....dah lama bercita-cita nak ada blog sendiri [tp takde sape sudi ajor)..last-last pandai2 sendiri...je... kalau kita tak cuba mana kita nak tau kan...samalah mcm pepatah "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" .


Apapun salam perkenalan untuk semua......jumpa lagi....